CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, 3 March 2010

USAH AMBIL MUDAH LAWAN: RAJA


Aksi jumpa Albirex Niigata

PENGENDALI pasukan, K Rajagobal menegur setiap pemainnya usah memandang remeh keupayaan lawan mereka - Albirex Niigata FC - dalam siri persahabatan antarabangsa di Stadium Jurong, Singapura, petang ini.

Walaupun kelab dari Jepun itu berada dalam kedudukan tercorot Liga Singapura, jurulatih skuad negara percaya lawan itu akan tampil memberi saingan untuk membuat kejutan kerana beranggapan setiap pasukan dianggap lemah pasti beraksi bersungguh-sungguh menentang pasukan lebih kuat.

"Anda lihatlah berapa kedudukan Yaman dalam ranking dunia. Mereka 105 dan kita 159. Tetapi siapa yang menguasai perlawanan," katanya dalam perbualan telefon dari Singapura, semalam.

Albirex hanya mengutip satu mata daripada tiga perlawanan sejak Liga-S bermula bulan lalu manakala skuad negara hadir selepas kemenangan meyakinkan 1-0 ke atas Yaman, Sabtu lalu.

Dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak Togo selepas negara Afrika itu tidak memberi senarai penuh pemain, FAM menemui kebuntuan mendapatkan Vietnam yang menolak jemputan berikutan liga mereka yang sudah bermula dan akhirnya memilih kelab jemputan dari Jepun itu.

Penyerang Mohd Zaquan Adha Abd Radzak yang cedera selepas insiden berlaga kepala dengan pemain Yaman tempoh hari diketepikan dengan Rajagobal menerima khabar baik rakan sepasukannya di Negeri Sembilan, S Kunanlan sudah kembali pulih.

"Saya mungkin akan menurunkan pemain baru tetapi ia bergantung kepada keadaan, sama ada saya mahu melihat tiga pemain Selangor yang sudah kembali bersama kami," katanya merujuk kepada Safiq Rahim, Asraruddin Putra Omar, Farderin Kadir yang turut ikut bersama ke Singapura selepas diberi pelepasan bersama Selangor, Sabtu lalu.
ditulis oleh berita harian.

0 comments: