CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday 31 January 2010

KEDAH TEMUI RENTAK

ALOR SETAR - Kemenangan pertama Kedah di Stadium Darul Aman ke atas T-Team pada perlawanan Liga Super kelmarin, melegakan kem 'Sang Kenari' yang sebelum ini begitu terdesak meraih mata penuh di hadapan penonton sendiri.

Kemenangan itu bukan sahaja meletakkan skuad Hijau Kuning di tangga ketiga liga, dengan hanya dipisahkan tiga mata dengan pendahulu liga, Selangor, bahkan ia memberi petanda bahawa Kedah kini mula menemui rentak permainannya.

Lebih bererti, kemenangan sulung selepas empat perlawanan di gelanggang sendiri itu, dilihat mampu menarik semula kehadiran penonton ke stadium, selain melonjakkan semangat Sang Kenari untuk mengulangi pencapaian juara treble.

Ketua jurulatih Kedah, Ahmad Yusof berkata, kemenangan yang diraih ke atas pasukan kelab dari Terengganu itu, amat dinanti-nantikan oleh pengurusan, barisan kejurulatihan, pemain dan penyokong Sang Kenari.

Katanya, ia memberi satu kelegaan dan perangsang kepada pasukan untuk meningkatkan prestasi dalam usaha memburu kejuaraan pada musim ini.

"Ini satu keputusan yang amat ditunggu-tunggu kerana Kedah akhirnya dapat meraih tiga mata penuh di gelanggang sendiri selepas empat perlawanan.

"Bagaimanapun kami sedar tidak boleh lalai memandangkan perjalanan liga masih panjang.
''Kedah akan terus berusaha memperbaiki kelemahan dan cuba meningkatkan permainan dari satu perlawanan ke satu perlawanan," katanya ketika dihubungi semalam.

Pada perlawanan di Stadium Darul Aman kelmarin, Kedah menundukkan T-Team 3-1, menerusi dua jaringan Azlan Ismail pada minit ke-25 dan ke-58, selain Faizal Abu Bakar (ke-16).

Ahmad berkata, pasukan bimbingannya itu kini berada pada landasan yang betul untuk mencabar kejuaraan Liga Super musim ini.

Apa yang perlu dipastikan, katanya, ialah tidak terkeluar dari landasan kejuaraan dengan berusaha memberikan persembahan yang terbaik dalam setiap perlawanan.

"Kami juga masih menanti kehadiran semula tiga tonggak yang masih dibelenggu kecederaan iaitu Ahmad Fauzi Shaari, Victor Andrag dan Khyril Muhymeen Zambri.

''Kehadiran mereka akan memberi lebih banyak pilihan kepada pasukan," katanya

Ditulis oleh utusan

KEBANGKITAN PASUKAN PANTAI TIMUR

Kebangkitan tiga pasukan Pantai Timur dalam kancah liga super kali ini iaitu Kelantan Terengganu dan Pahang sesuatu yang menarik untuk diperkatakan. Sebelum liga super bermula, ramai yang menyatakan hanya pasukan Kelantan dan Terengganu sahaja yang mampu memberi cabaran dalam liga super tahun ini, namun Pahang yang tidak diberi harapan tinggi telah membuktikan bahawa mereka juga merupakan pasukan yang harus diberi perhatian. Pahang yang rata-rata dibarisi pemain muda telah menunjukan prestasi yang baik apabila menghuni tangga ketujuh liga dan mengumpul 10 mata serta kurang satu perlawanan dari pasukan lain. Kelmarin pasukan Tok Gajah itu telah menewaskan Kl Plus 2-0 di Stadium Darul Makmur.

Manakala pasukan Terengganu yang dilatih oleh Irfan Bakti telah membuktikan kehebatan mereka dengan menghuni tangga kedua liga super dibelakang Selangor. Pasukan Terengganu telah mengumpul 14 mata dan hanya dua mata dipisahkan dengan Selangor. Kedudukan ditangga kedua liga adalah sangat membanggakan peminat skuad peteh ganu peteh selain keputusan membanggakan menewaskan Selangor dengan jaringan yang besar 4-0 di laman sendiri baru-baru ini telah memberi keyakinan kepada mereka untuk merampas kejuaraan daripada Selangor.

Pasukan kelantan yang diuar-uarkan untuk menjuarai liga super tahun ini telah menyajikan aksi yang kurang menyengat di awal musim ini. Pasukan yang dikenali the Red Warriors itu kini ditangga keempat liga super dengan mengumpul 12 mata dan tercicir empat mata dibelakang Selangor. Dengan mempunyai barisan bintang seperti Akmal Rizal, Hairudin Omar dan Indra Putra Mahayudin, Kelantan seharusnya tidak mempunyai masalah untuk bersaing merebut kejuaraan tahun ini. Namun disebabkan penyudah tumpul mereka gagal memungut mata penuh menentang pasukan Perlis,Terengganu dan Perak selain dimalukan Kedah di gelanggang sendiri. Namun Skuad Kijang itu telah bangkit kembali kelmarin apabila menewaskan Pulau Pinang 3-1 hasil hatrik penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha.

KEPUTUSAN LIGA SUPER 30/1/2010


PERLIS 1-1 SELANGOR
..
TERENGGANU 2-1 KUALA LUMPUR
..
KEDAH 3-1 T-TEAM
..
KELANTAN 3-1 PULAU PINANG
..
PERAK 0-3 JOHOR FC
..
PAHANG 2-1 KL PLUS

Friday 29 January 2010

JADUAL PERLAWANAN 30-01-2010


Pahang FA vs. KL Plus FC
Stadium Darul Makmur, 08:45 mlm
..
Terengganu FA vs. Kuala Lumpur FA
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, 08:45 mlm
..
Johor Fc vs. N.Sembilan FA
Stadium Tan Sri Dato,Hassan Yunos,Larkin, 08:45 mlm
..
Perlis FA vs. Selangor FA
Stadium Utama Negeri, 08:45 mlm
..
Kedah Fc vs. T-Team
Stadium Darul Aman, 08:45 mlm
..
Kelantan FA vs. Penang FA
Stadium Sultan Mohd Ke-IV, 08:45 mlm
..
Perak FA vs. Johor FC
Stadium Perak, 08:45 mlm

SEMANGAT TERENGGANU TIDAK PERNAH LUNTUR

KEKALAHAN 1-2 kepada Negeri Sembilan di Paroi Selasa lalu tidak menjejaskan semangat pemain-pemain Terengganu dalam misi menguasai saingan Liga Super musim ini.

Jurulatih, Irfan Bakti melahirkan keyakinan bahawa skuad kendaliannya itu akan bangkit bagi menebus kekecewaan lalu apabila melayan kunjungan Kuala Lumpur malam ini.

Terengganu yang masih mengekalkan rekod bersih di gelanggang sendiri akan menghadapi skuad Ibu Kota itu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dengan misi memburu kemenangan keempat.

"Kami perlu kembali fokus kepada perlawanan ini (menentang Kuala Lumpur) dan segera melupakan kekalahan di Paroi Selasa lalu.

"Lagipun, kekalahan kami kepada Negeri Sembilan itu bukan disebabkan kelemahan kami, tetapi dua gol yang dihasilkan pasukan lawan berpunca daripada kesilapan pemain kami sendiri," jelas Irfan semalam.

Justeru, bekas jurulatih Perlis itu mahu pemainnya lebih kimited serta dan tidak melakukan sebarang kesilapan yang boleh membawa padah kepada pasukan.

Katanya, tiga mata amat penting buat Terengganu lebih-lebih lagi persaingan yang semakin sengit dalam kedudukan liga ketika ini.

"Kami bukannya mahu menang besar, yang penting tiga mata penuh tidak tercicir. Kemenangan amat penting bagi mengukuhkan kedudukan pasukan dalam saingan liga," jelasnya.
Selepas melalui enam perlawanan, Terengganu kini mengumpul 11 mata untuk berada di tangga kedua, iaitu empat mata di belakang pendahulu, Selangor.

Bagaimanapun, dua pasukan dari utara, Kedah dan Perlis mengekori rapat di tangga ketiga dan keempat, dibezakan dengan satu mata di belakang Terengganu.

"Kalau kita lihat, Kuala Lumpur bukanlah pasukan belasahan dan seperti biasa, saya sentiasa mengingatkan pemain agar tidak terlalu mengambil mudah perlawanan esok (malam ini)," ujarnya.

Mengenai barisan pemain, Irfan bakal menurunkan kembali Helmi Rameli untuk bergandingan dengan kapten, Marzuki Yusof dan Rooney Harun di bahagian pertahanan.

Penyerang prolifik, Abd. Manaf Mamat pula sekali lagi menjadi taruhan di bahagian serangan bersama-sama Mohd. Ashaari Shamsuddin dan Firdaus Faudzi.

ditulis oleh kosmo

GOL PILIHAN: JARINGAN CANTIK AMRI YAHYA VS MANCHESTER UNITED

Thursday 28 January 2010

NANTHAKUMAR TEMU SEMULA RENTAK

ORANG besi Perak, K Nanthakumar tampak sudah mendapat kembali rentaknya apabila diberi peranan selaku pemain tengah bertahan ketika mengemudi skuad Seladang menentang Kelantan di Ipoh, Selasa lalu.

Hakikat itu diakui jurulatih Perak, Raja Azlan Shah Raja Shuib yang menyifatkan penemuan sentuhan Nanthakumar itu sebagai bertepatan untuk menyemarakkan semangat rakan sepasukan. “Sebelum ini kami mencubanya di pertahanan tengah tapi ternyata kurang sesuai dengan Nanthakumar.Justeru saya meletakkannya kembali di posisi asalnya.“Langkah itu nyata berbaloi kerana Nantha mampu memberi sumbangan berkesan.Saya yakin masalah kelemahan kami di bahagian itu mampu diatasi,” katanya. Malah, ketika menentang Kelantan, bekas pemain kebangsaan berusia 32 tahun itu turut membantu jentera serangan, terutama ketika Perak mendapat sepakan sudut dan percuma.

Selain itu, Raja Azlan berkata, keupayaan pemain melaksanakan perancangan dengan berkesan menjadi faktor membantu peningkatan mendadak anak buahnya yang menyaksikan Perak tidak kalah dalam dua perlawanan terakhirnya. “Semangat pasukan ketika ini cukup tinggi selepas kami mengelak mengalami kekalahan dalam dua perlawanan berturut-turut,” katanya.

ditulis oleh harian metro

JOHOR SEMAKIN TERTEKAN



Selepas lima pertemuan dalam liga super, ternyata Johor bukanlah pencabar yang boleh dikatakan kuat dalam saingan liga super. Selepas dimalukan oleh Selangor dengan jaringan besar 6-0 baru-baru ini, Johor tiada pilihan selain bangkit pada perlawanan selepas ini bagi mengelakkan mereka terjerumus ke liga perdana pada musim hadapan.

Selepas mengharungi lima perlawanan awalnya, Johor yang hanya mampu mengutip satu mata menerusi keputusan seri dengan Pulau Pinang, kini berada di tangga tercorot Liga Super.

Kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh pasukan Johor telah memberi tekanan yang tinggi terhadap jurulatih mereka iaitu Nasir Yusof yang perlu mengambil langkah segera bagi mengatasi kelemahan yang ada dalam pasukan Johor. Kelemahan yang ketara pasukan Johor ialah barisan serangan mereka yang tumpul dan dibarisi oleh pemain muda yang kurang berpengalaman.

GOL YANG AKAN DIINGATI OLEH PENYOKONG RED WARRIORS

Kelibat bekas penjaga gol kebangsaan Syed Adney Syed Hussein sebelum ini telah menjadi sebutan oleh penyokong setia pasukan kelantan kerana aksi cemerlangnya semasa menentang Perlis. namun selepas kejadian yang memalukan pada pertembungan dengan Kedah 19 januari lalu telah mengubah pandangan penyokong Kelantan terhadap penjaga gol tersebut. Apa tidaknya disebalik keghairahan lebih 20 000 penyokong kelantan yang hadir ke stadium sultan muhammad ke-4 untuk memastikan Kelantan mengekalkan rekod kemenangan bersih di kubu mereka, Syed Adney telah melakukan kesilapan yang mungkin akan dingati di sepanjang kariernya sebagai penjaga gol apabila tendangan lemahnya telah terkena penyerang Kedah iaitu Azlan Ismail dan bola terus melantun ke dalam gawang Kelantan.

Penyokong pasukan Kelantan yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang memalukan itu telah berkumpul di luar stadium bagi menyuarakan rasa tidak puas hati dengan persembahan pasukan Kelantan pada malam itu. Terdapat juga laungan yang mahukan jurulatih pasukan Kelantan B.Sathianathan untuk melepaskan jawatan sebagai jurulatih pasukan Kelantan.

Kesilapan Syed Adney itu mungkin menjadi penyebab kekalahan Kelantan pada malam itu, namun dengan pelaburan besar yang dilakukan oleh Kelantan membawa masuk pemain berpengalaman seperti Hairudin Omar dan Akmal Rizal, Kelantan seharusnya bangkit memberi tentangan pada perlawanan tersebut. Bagi penyokong Kelantan kekalahan ini tidak sepatutnya berlaku kerana mereka memiliki ramai bintang dalam pasukan tersebut tambahan lagi beraksi di gelanggang sendiri.

Kesan daripada kesilapan mudah yang dilakukan Syed Adney, kelantan telah mengambil langkah drastik menyenaraikan kembali penjaga gol berpengalaman iaitu Halim Napi bagi menggantikan Syed Adney. Semoga peristiwa itu menjadi pengajaran berguna kepada Syed Adney supaya lebih berhati-hati selepas ini.

PENYOKONG SETUJU HUKUMAN PENJARA

KOTA BHARU - Para penyokong bola sepak negeri ini melahirkan rasa setuju dengan hukuman penjara yang dikenakan kepada penyokong yang membawa mercun semasa perlawanan bola sepak berlangsung. Abdul Khari Asri, 19, berkata, hukuman tersebut patut diadakan kerana ia dapat mendidik para penyokong untuk lebih berdisiplin semasa menonton perlawanan bola sepak.

“Kalau ada hukuman begini, sekurang-kurang-nya mereka ada rasa takut dan tidak mengulangi lagi kesalahan yang sama. “Ini tidak setiap kali perlawanan berlangsung stadium bagaikan satu medan peperangan dan bukannya tempat untuk bermain bola,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Saifuldin Rizuan, 21, berkata, hukuman yang ditetapkan itu ada baiknya dari segi memberi kesedaran kepada penyokong yang terlalu fanatik.

Dia berkata, ini kerana perbuatan membawa mercun setiap kali perlawanan diadakan boleh mendatangkan bahaya kepada penonton yang lain.

Katanya, yang cenderung mendapat padah adalah pemain serta penonton yang berada di kawasan persekitaran bukannya mereka yang memasang mercun itu. Muhammad Faiz Zaki, 18, berkata, sekurang-kurangnya hukuman yang dikenakan itu dapat menjadi panduan serta teladan kepada penyokong lain pada masa akan datang.

“Sekarang ini imej penyokong bola sepak Kelantan sudah tercemar dan kita tidak mahu orang melihat rakyat Kelantan ganas. “Kalau boleh biarlah arena bola sepak negeri ini meningkat dengan baik, bukannya dengan cerita-cerita negatif,” katanya.

Omar Abdullah, 20, berkata, hukuman penjara dan denda yang dikenakan itu diharap dapat memberi kesedaran kepada semua penyokong setia bola sepak Kelantan. “Kalau kalah sekali pun biarlah cukup dengan sorakan dan bukannya dengan cara menunjukkan kekerasan serta keganasan, kerana ia tidak mencerminkan budaya kita,” katanya.

Pendapat penyokong bola sepak diberikan berdasarkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret terhadap seorang penyokong setia pasukan bola sepak Kelantan akibat membawa larangan membawa mercun.

Difahamkan, kes tersebut yang pertama membabitkan penyokong bola sepak di negara ini kerana memiliki mercun ketika perlawanan liga tempatan. Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman tersebut selepas Mohd Zafizi Mohd Zawawi, 29, yang merupakan bekas penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mengaku bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah, semalam.

ditulis oleh sinar harian

Wednesday 27 January 2010

BENARKAH WUJUD RIBUT DALAM PASUKAN KELANTAN ?


KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim memberi amaran keras kepada mana-mana individu dan pemain yang cuba untuk menimbulkan 'kekacauan' dalam pasukan tersebut sehingga menjejaskan pretasi dan tumpuan untuk merangkul kejuaraan pada musim ini.

Amaran daripadanya itu dibuat selepas diajukan soalan mengenai timbulnya 'ura- ura' mengatakan wujudnya komplot untuk menjatuhkan ketua jurulatih, B. Sathianathan daripada menerajui pasukan yang digelar 'The Red Warriors' itu.

Beliau menegaskan, sekiranya benar wujud komplot tersebut pemain tidak seharusnya terlibat atau terpengaruh dengan hasutan mana-mana pihak yang cuba untuk mencari keuntungan peribadi.

"Saya memberi amaran kepada pemain, sekiranya mereka dikenal pasti sebagai 'pembawa' masalah kepada pasukan, kita akan mengambil tindakan tegas.

"Jangan sesekali cuba menimbulkan perasaan kurang senang di dalam pasukan dan mudah termakan hasutan pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya mempunyai agenda untuk kepentingan sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Azman meminta para pemain menunjukkan prestasi yang terbaik seperti mana yang dimiliki mereka sebelum ini.

Pada perlawanan malam kelmarin, Kelantan hanya mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan pasukan ketiga tercorot Liga Perdana, Perak di Stadium Perak, Ipoh.

Prestasi pasukan Kelantan pada awal musim ini selepas melalui enam perlawanan agak merudum berbanding musim lalu dengan hanya mencatatkan dua kemenangan, tiga seri dan satu kalah dengan gol yang memalukan kepada Kedah pada 19 Januari lalu.

Walaupun dibarisi pemain bintang dan berpengalaman skuad tersebut dilihat menghadapi masalah dengan ketumpulan jentera serangan.

Sementara itu, sumber memberitahu Utusan, komplot itu didakwa didalangi pihak yang mempunyai kepentingan dalam Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kerana tidak berpuas hati dengan alasan tertentu.

Menurut sumber itu lagi, mereka yang terlibat ini dalam gerakan ini boleh diumpamakan sebagai 'gunting dalam lipatan' sehingga mempengaruhi persembahan skuad Kelantan dalam kancah Liga Super musim ini.

"Saya percaya selagi 'tangan-tangan ghaib' ini bersama KAFA, prestasi Kelantan musim ini akan jatuh mendadak.

"Mereka yang menyebarkan cerita-cerita yang kurang enak didengar bertujuan untuk menghasut para pemain sehingga wujud 'puak' tertentu di dalam pasukan.

"Berdasarkan prestasi semasa, ternyata para pemain Kelantan berdepan masalah hubungan di luar padang sehingga terbawa-bawa ketika dalam perlawanan," dakwanya.

Beliau mendakwa, rancangan ini dilihat hampir berjaya apabila penyokong mula mempertikaikan kredibiliti skuad Kelantan.

"Dengan barisan bintang yang dimiliki, kita sepatutnya tidak berada pada kedudukan ini tetapi kumpulan ini menjadi punca kenapa kita hanya berada di sini," tegasnya.

Katanya, KAFA perlu bertindak tegas bagi memastikan para pemain bebas daripada dipengaruhi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini bagi mengelakkan ia menular dan menjadi barah kepada pasukan.

ditulis oleh utusan

TROFI PIALA DUNIA SINGGAH DI MALAYSIA

Malaysia telah menjadi salah satu destinasi yang bertuah kerana dapat menonton trofi piala dunia dengan lebih dekat. Ini adalah salah satu penghormatan kepada malaysia kerana trofi ini akan menjadi rebutan 32 buah negara yang bertanding pada aksi piala dunia di Afrika selatan pertangahan tahun ini.


Piala dunia ini telah diterbangkan khas Malaysia menggunakan jet pesawat yang disewa khas oleh badan induk bola sepak dunia(FIFA) dalam rangka siri Jelajah Piala Dunia-Fifa yang bermula 21 September lalu dan akan sampai ke Afrika Selatan pada 4 Mei ini.

Jet membawa trofi itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tepat jam 12.48 petang semalam dan diiringi oleh wakil dan pegawai Fifa serta wakil media. Sebelum ini, piala berkenaan dipertontonkan di Jakarta, Bangkok, Ho Chi Minh dan Kolkata, India.

LIGA SUPER :SELANGOR GAH UNGGULI LIGA

KEJAYAAN membelasah Johor 6-0 di Stadium Shah Alam malam kelmarin pastinya menjadi tonik terbaik buat pendahulu Liga Super, Selangor untuk turut bertemu Perlis di Stadium Utama Negeri, Kangar pada Sabtu ini.

Pengurus dan jurulatih Selangor, K. Devan berkata, kemenangan tersebut penting bagi memastikan anak-anak buahnya kembali mendapat keyakinan setelah dibelasah 0-4 oleh Terengganu di tempat lawan Sabtu lalu.

"Inilah persembahan Selangor yang sebenar. Aksi ketika bertemu Terengganu Sabtu lalu memang yang terburuk bagi kami sepanjang musim ini.

"Para pemain telah berusaha untuk membuktikan kepada diri mereka sendiri dan juga pasukan yang mereka mampu beraksi cemerlang serta membuktikan kualiti mereka.

"Harap kemenangan ke atas Johor ini dapat meningkatkan moral dan keyakinan mereka untuk aksi bertemu Perlis di tempat lawan pada Sabtu ini," kata Devan ketika ditemui selepas perlawanan kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, Selangor selesa mendahului 3-0 pada separuh masa pertama dan enam gol tersebut disumbangkan Amirulhadi Zainal (2), Safee Sali (2), Razman Roslan dan Safiq Rahim.

Selangor kini masih kekal berada di tangga teratas Liga Super dengan 15 mata selepas enam perlawanan, berkelebihan empat mata mengatasi Terengganu yang tewas buat kali pertama kepada Negeri Sembilan (1-2) di Paroi malam kelmarin di tangga kedua.

Jelas Devan, dia bakal mendapat semula khidmat Farderin Kadir yang sudah pulih selepas tercedera ketika bertemu Kuala Lumpur 12 Januari lalu manakala supersub berbahaya, R. Surendren dijangka tidak sempat pulih menjelang Sabtu ini.

"Satu saja harapan saya iaitu agar para pemain Selangor tidak mengulangi kesilapan yang sama ketika bertemu Terengganu apabila mereka turun beraksi menentang Perlis di Kangar Sabtu ini," ujarnya.

ditulis oleh kosmo