CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, 28 January 2010

JOHOR SEMAKIN TERTEKAN



Selepas lima pertemuan dalam liga super, ternyata Johor bukanlah pencabar yang boleh dikatakan kuat dalam saingan liga super. Selepas dimalukan oleh Selangor dengan jaringan besar 6-0 baru-baru ini, Johor tiada pilihan selain bangkit pada perlawanan selepas ini bagi mengelakkan mereka terjerumus ke liga perdana pada musim hadapan.

Selepas mengharungi lima perlawanan awalnya, Johor yang hanya mampu mengutip satu mata menerusi keputusan seri dengan Pulau Pinang, kini berada di tangga tercorot Liga Super.

Kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh pasukan Johor telah memberi tekanan yang tinggi terhadap jurulatih mereka iaitu Nasir Yusof yang perlu mengambil langkah segera bagi mengatasi kelemahan yang ada dalam pasukan Johor. Kelemahan yang ketara pasukan Johor ialah barisan serangan mereka yang tumpul dan dibarisi oleh pemain muda yang kurang berpengalaman.

0 comments: