Kebangkitan tiga pasukan Pantai Timur dalam kancah liga super kali ini iaitu Kelantan Terengganu dan Pahang sesuatu yang menarik untuk diperkatakan. Sebelum liga super bermula, ramai yang menyatakan hanya pasukan Kelantan dan Terengganu sahaja yang mampu memberi cabaran dalam liga super tahun ini, namun Pahang yang tidak diberi harapan tinggi telah membuktikan bahawa mereka juga merupakan pasukan yang harus diberi perhatian. Pahang yang rata-rata dibarisi pemain muda telah menunjukan prestasi yang baik apabila menghuni tangga ketujuh liga dan mengumpul 10 mata serta kurang satu perlawanan dari pasukan lain. Kelmarin pasukan Tok Gajah itu telah menewaskan Kl Plus 2-0 di Stadium Darul Makmur.
Manakala pasukan Terengganu yang dilatih oleh Irfan Bakti telah membuktikan kehebatan mereka dengan menghuni tangga kedua liga super dibelakang Selangor. Pasukan Terengganu telah mengumpul 14 mata dan hanya dua mata dipisahkan dengan Selangor. Kedudukan ditangga kedua liga adalah sangat membanggakan peminat skuad peteh ganu peteh selain keputusan membanggakan menewaskan Selangor dengan jaringan yang besar 4-0 di laman sendiri baru-baru ini telah memberi keyakinan kepada mereka untuk merampas kejuaraan daripada Selangor.
Pasukan kelantan yang diuar-uarkan untuk menjuarai liga super tahun ini telah menyajikan aksi yang kurang menyengat di awal musim ini. Pasukan yang dikenali the Red Warriors itu kini ditangga keempat liga super dengan mengumpul 12 mata dan tercicir empat mata dibelakang Selangor. Dengan mempunyai barisan bintang seperti Akmal Rizal, Hairudin Omar dan Indra Putra Mahayudin, Kelantan seharusnya tidak mempunyai masalah untuk bersaing merebut kejuaraan tahun ini. Namun disebabkan penyudah tumpul mereka gagal memungut mata penuh menentang pasukan Perlis,Terengganu dan Perak selain dimalukan Kedah di gelanggang sendiri. Namun Skuad Kijang itu telah bangkit kembali kelmarin apabila menewaskan Pulau Pinang 3-1 hasil hatrik penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha.
Sunday, 31 January 2010
KEBANGKITAN PASUKAN PANTAI TIMUR
Posted by Malaysiaku at 08:17
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment