CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday 27 February 2010

MALAYSIA LEBAR REKOD DI GELANGGANG SENDIRI


KUALA LUMPUR – Rekod cemerlang Malaysia dalam perlawanan antarabangsa di gelanggang sendiri berterusan sejak 30 Disember lalu apabila menumpaskan Yemen 1-0 di sini, semalam.

Sayap kanan negara, Baddrol Bakhtiar memastikan langkah kanan skuad negara pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu menerusi gol tunggal pada minit ke-54.

Kemenangan tersebut, yang merupakan kemenangan kedua berturut-turut buat skuad negara selepas menewaskan Syria 4-1 hujung tahun lalu, sekali gus melebarkan rekod pertemuan dengan Yemen yang kini menyebelahi kita sejak 1984.

Ia juga bakal memperbaiki ranking skuad bimbingan K. Rajagobal yang kini berada pada kedudukan ke-159 dunia.

Yemen pula menghuni ranking 105 dunia.

Malaysia yang menguasai babak pertama permainan sewajarnya mendahului lawan dengan dua gol sekiranya Ashari Samsudin dan Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak berjaya menyudahkan rembatan masing-masing.

Ashari yang sempat mencuba pada minit ke-12 bagaimanapun hampa selepas rembatannya terkena palang biarpun penjaga gol Yemen, Saoud Abdullah Al- Sowadi sudah tertewas.

Pada masa kecederaan separuh masa pertama, tiang gol sekali lagi menjadi penyelamat Yemen walaupun rembatan Zaquan sudah menewaskan Saoud.

Selain itu, barisan depan Malaysia turut terlepas beberapa peluang menerusi Baddrol pada minit kelima, Ahmad Fakri Saarani (minit lapan) dan satu sepakan sudut pada minit ke-24 yang mudah disambut Saoud.

Yemen tidak ketinggalan menguji pintu gawang Malaysia yang dikawal Sharbinee Allawee Ramli menerusi Khaled Hasan Hussein Baleid dan Mohammed Abdullah Al-Abidi masing-masing pada minit keenam dan ke-37.

Kem negara melonjak girang pada minit ke-54 apabila sayap kanan Kedah, Baddrol merembat masuk sepakan percuma selepas terkena palang sedikit untuk membawa Malaysia mendahului 1-0.

Tiga minit kemudian, Ahmad Fakri pula nyaris menambah gol tetapi sempat dibaca oleh Saoud, begitu juga percubaan kaki kiri, Bunyamin Omar pada minit 63.

Pada minit ke-67 pemain Yemen, Ala Mohamed Al-Sasi cuba mencedok untuk menguji penjaga gol gantian negara, Farizal Marlias tetapi tinggi melewati palang gol.

Tuesday 23 February 2010

JUARA SUKAN SEA HADAPI YEMEN, TOGO


PETALING JAYA – Seperti menentang Manchester United dan Kelayakan Piala Asia 2011 lalu, hanya Norhafiz Zamani Misbah; pemain senior yang mendapat kepercayaan K. Rajagobal bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Yemen dan Togo.

Agak pelik, jurulatih itu masih tidak terpesona dengan kehebatan penjaring terbanyak Liga Super, Azlan Ismail (Kedah) mahupun Safee Sali dan R. Surendren (Selangor) atau bintang Kelantan seperti Indra Putra Mahayuddin dan Nor Farhan Muhammad.

Mengiringi bek tengah KL PLUS itu ialah penjaring kedua terbanyak Liga Super, Ashari Samsudin yang kali terakhir mewakili negara ketika menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE), tahun lalu manakala kebanyakan daripada 24 pelatih kali ini merupakan tonggak juara Sukan SEA XXV Laos.

Aidil Zafuan Radzak mengetuai skuad emas itu di samping Zaquan Adha Radzak, Farizal Marlias, Amar Rohidan, Ahmad Fakri Saarani, Baddrol Bakhtiar, Azmi Muslim, Sabre Mat Abu, Asraruddin Putra Omar, Nasriq Baharom, Safiq Rahim, S. Kunanlan, Sharbinee Allawee Ramli dan Norshahrul Idlan Talaha.

Hanya Mahalli Jasuli, Muslim Ahmad dan K. Gurusamy yang turut beraksi di Laos, terkecuali daripada panggilan skuad pelatih negara ini memandangkan mereka baru berlepas bersama skuad bawah 21 tahun negara, Harimau Muda A untuk menyertai Liga 1 Slovakia.

Pemain tengah Selangor, Bunyamin Umar yang terlepas ke Laos kerana kecederaan, turut disenaraikan untuk menjalani sesi latihan dan pemilihan skuad kebangsaan mulai hari ini hingga 4 Mac depan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Senarai yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut menamakan tujuh muka baru iaitu Abdul Hadi Hamid, Khairul Helmi Johari, Faizal Abu Bakar (Kedah), Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur), Alif Samsudin (Negeri Sembilan), Muhaimin Omar (Terengganu) dan S. Chanturu (Kelantan).

Skuad negara menghadapi dua perlawanan A antarabangsa yang diiktiraf Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), menentang Yemen pada Sabtu ini di gelanggang yang belum dipastikan manakala bertemu Togo di Stadium Nasional, Bukit Jalil tanggal 3 Mac ini.

Yemen menjadikan persahabatan ini sebagai pemanas badan menjelang perlawanan Kumpulan A Piala Asia 2011 menentang Hong Kong pada 3 Mac ini, manakala kedatangan Togo bakal menjadi perhatian peminat bola sepak yang pasti menantikan aksi penyerang Manchester City, Emmanuel Adebayor.

Pasukan Afrika bimbingan Hubert Velud itu yang terpaksa menarik diri daripada Piala Negara-Negara Afrika di Angola, bulan lalu kerana serangan pengganas juga dijangka membariskan bintang Lens, Razak Boukari, Senah Mango (Marseille) dan Moustapha Salifou (Aston Villa).

Malaysia yang sudah pun terlepas tiket pusingan akhir Piala Asia 2011 di Qatar selepas ditewaskan UAE 1-0 di Stadium Al-Shabab, bulan lalu, hanya mempunyai dua tugasan antarabangsa tahun ini iaitu Pestabola Merdeka (Oktober) dan Kejohanan AFF di Hanoi dan Jakarta (Disember).

Selain itu, beberapa tonggak daripada skuad yang menjuarai Sukan SEA Laos, selain pasukan Harimau Muda A dan B (bawah 19 tahun) turut dipertaruhkan pada Sukan Asia XVI Guangzhou, 12-27 November ini, yang mensyaratkan setiap negara menghantar skuad bawah 23.

Skuad pelatih negara:
Norhafiz Zamani Misbah (KL PLUS), Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak, S. Kunanlan, Alif Samsudin (Negeri Sembilan), Farizal Marlias, Amar Rohidan, Ahmad Fakri Saarani (Perlis), Baddrol Bakhtiar, Azmi Muslim, Sabre Mat Abu, Abdul Hadi Hamid, Khairul Helmi Johari, Faizal Abu Bakar (Kedah), Asraruddin Putra Omar, Nasriq Baharom, Safiq Rahim, Bunyamin Umar (Selangor), Sharbinee Allawee Ramli, Ashari Samsudin, Muhaimin Omar (Terengganu), Norshahrul Idlan Talaha, S. Chanturu (Kelantan), Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur).

ditulis oleh utusan

Saturday 20 February 2010

KEPUTUSAN PIALA FA 20.2.2010


PUSINGAN KEDUA: PERLAWANAN KEDUA

PKNS 1-0 Selangor
*Selangor layak agregat 2-1
..
POS Malaysia 2-1 Felda United FC
*Pos Malaysia layak agregat 3-2
..
Kuala Lumpur 1-1 PLUS FC
*PLUS FC layak agregat 4-1
..
Negeri Sembilan 5-0 PDRM
*Negeri Sembilan layak agregat 8-2
..
Perak 0-2 T-Team
*T-Team layak agregat 3-1
..
Terengganu 2-1 Sarawak
*Terengganu layak agregat 4-1
..
UiTM 0-3 ATM
ATM layak agregat 6-0
..
Kelantan 1-1 Kedah
*Kedah layak jaringan tempat lawan

SELANGOR, KEDAH KE SUKU AKHIR KELANTAN GIGIT JARI


FINALIS musim lalu, Kelantan ditunjukkan jalan keluar oleh Kedah yang mara ke suku akhir selepas seri 1-1 di tempat sendiri dalam perlawanan kedua pusingan dua Piala FA, semalam.

Selepas perlawanan pertama berakhir seri tanpa jaringan di Alor Setar, Selasa lalu, perkara yang dibimbangi Kelantan menjadi kenyataan apabila jaringan penyamaan Badrol Bakhtiar pada minit ke-74 menafikan kelebihan gol pendahuluan Indra Putra Mahayuddin hasil hantaran silang S Chanturu pada minit ke-71.

Menyedari keputusan seri tidak mencukupi, Kelantan terus mengasak mencari gol penyamaan, namun hasrat mereka tidak kesampaian, dengan The Red Warriors tersingkir berdasarkan gol di tempat lawan.

Juara musim lalu, Selangor pula dipaksa melalui detik sukar sebelum menempah tiket ke suku akhir dengan kemaraan agregat 2-1 walaupun kecundang 1-0 kepada PKNS.

Mohd Alafi Mahmud menyalakan harapan buat barisan Liga Perdana itu menerusi rembatannya yang terbias pertahanan Selangor pada minit ke-57, namun ia masih tidak mencukupi untuk memastikan kemaraan mereka.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan mara dengan agregat 8-2 selepas menewaskan Polis 5-0 malam tadi.

Gol pertama Negeri Sembilan hadir pada minit kesembilan menerusi Zaquan Adha Abd Radzak yang merembat masuk dari jarak dekat disusuli tandukan Shahurain Abu Samah (m-27), Rezal Zambery Yahya (m-45), Mohd Firdaus Azizul (m-55), Mohd Asyraf Al Jafri (m-71).

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Pos Malaysia memerlukan gol lewat pada minit ke-90 untuk menyingkirkan giant-killer Felda United dengan agregat 3-2 selepas kejayaan 2-1 semalam mengiringi keputusan seri 1-1 tempoh hari.
ditulis oleh berita harian

Friday 19 February 2010

JADUAL PERLAWANAN PIALA FA 20.2.2010



PUSINGAN KEDUA: PERLAWANAN KEDUA

PKNS vs Selangor (0-2)
(Stadium MBPJ, Kelana Jaya)

POS Malaysia vs Felda United FC (1-1)
(Stadium MP Selayang, Selangor)

Kuala Lumpur vs PLUS FC (0-3)
(Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras)

Negeri Sembilan vs PDRM (3-2)
(Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, NS)

Perak vs T-Team (1-1)
(Stadium Perak, Ipoh)

Terengganu vs Sarawak (2-0)
(Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah)

UiTM vs ATM (0-3)
(Stadium Mini UITM Arau, Perlis)

Kelantan vs Kedah (0-0)
(Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu)

KELANTAN ENGGAN BERPUTIH MATA


KELANTAN bakal berdepan tugas sukar apabila melayan kunjungan Kedah pada perlawanan kedua pusi- ngan kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam ini.

Bagaimanapun, finalis Piala FA 2009 itu tidak mempunyai pilihan lain kecuali perlu menang untuk memulihkan semula keyakinan peminat.

Pengendali Kelantan, B. Sathinathan sedar bahawa tugas untuk menjinakkan anak-nak buah Ahmad Yusof bukan mudah, namun tetap optimis bahawa ia bukan suatu yang mustahil.

Tanpa berselindung, beliau mengakui terdapat sedikit tekanan ketika Kelantan diletakkan selaku pasukan pilihan untuk terus mara ke peringkat seterusnya.

"Sebagai jurulatih sudah pasti anda mahu pasukan anda berjaya tetapi ia suatu yang agak sukar apabila bebe- rapa pemain tonggak tidak dapat di- turunkan ketika dijadualkan menentang sebuah pasukan yang kuat.

"Secara pasti, saya kehilangan kedua-dua penjaga gol utama, Halim (Napi) dan Syed (Adney Syed Hussin) serta Subra (S. Subramaniam).

"Norshahrul (Idlan Talaha) dan Daudsu (Jamaluddin) juga mengalami kecederaan dan status mereka hanya akan disahkan pagi esok (hari ini)," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, tugas untuk mengawal gawang Kelantan akan digalas oleh penjaga gol ketiga Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, sementara Rizal Fahmi Rosid hampir pasti akan digandingkan bersama Azizi Mat Rose menggantikan S. Subramaniam.

Jelasnya, kecederaan beberapa tonggak ini bagaimanapun tidak merencatkan perancangan beliau kerana percaya mana-mana pemain yang diturunkan pastinya akan menggalas tanggungjawab dengan baik.

"Kelantan akan memburu gol awal serta mencari seberapa banyak kele- bihan jaringan untuk menjamin tempat di suku akhir dan saya yakin pemain saya sudah faham situasi ini.

"Membiarkan pasukan Kedah membolosi gol kita pasti akan merumitkan keadaan.

"Keputusan seri dengan jaringan seperti cukup untuk mereka dan kita tidak akan benarkan keadaan ini berlaku," ujarnya.

Katanya, Indra Putra Mahayuddin dan Badri Radzi perlu memainkan peranan yang besar dalam menghasilkan gerak serta melakukan umpanan kepada jentera penggempur.

Beliau juga sebelum itu berpuas hati aksi para pemainnya ketika bertandang ke Stadium Darul Aman, Alor Setar, Selasa lalu walaupun ia berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Gandingan Norshahrul dan S. Chanturu berjaya menghidupkan jentera hadapan Kelantan di Alor Setar dan bisa kedua-dua penggempur ini sekali lagi ditagih untuk per- lawanan malam ini.
ditulis oleh kosmo

Thursday 18 February 2010

SUBKHIDDIN KEBANGGAAN MALAYSIA...


Hasrat untuk kita melihat aksi rakyat Malaysia beraksi di Piala Dunia semakin menjadi kenyataan. Walaupun realitinya kita gagal menghantar pemain-pemain bagi membawa cabaran Negara ke Piala Dunia, sekurang-kurangnya kita ada wakil ke Piala Dunia di Afrika jun nanti sebagai pengadil iaitu saudara Subkhiddin Mohd Salleh.

Di fahamkan, Subkhiddin bersama pembantunya, Yuxin Mu (China) dan Jeffrey Goh Gek Pheng (Singapura) merupakan antara empat pengadil dari Asia yang terpilih ke Afrika Selatan.

Keputusan samada saudara Subkhidin akan dipilih untuk menjadi pengadil utama atau tidak hanya akan diketahui pada mei ini. Subkhiddin dan lain-lain pengadil yang terpilih, akan mengetahui nasib mereka pada seminar dan penilaian lain yang perlu mereka jalani.

Pemilihan Subhkiddin sebagai salah seorang pengadil Piala Dunia merupakan penghormatan tertinggi kepadanya yang kini berusia 44 tahun. Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa supaya saudara Subkhiddin dipilih sebagai pangadil utama pada kejohanan Piala Dunia di Afrika jun nanti

Wednesday 17 February 2010

5 PEMAIN HARIMAU MUDA B KE SLOVAKIA


PETALING JAYA - Lima pemain yang dipanggil dari Harimau Muda B, dijangka tidak mempunyai masalah dalam membentuk persefahaman dengan 20 pemain lain, walaupun hanya tinggal dua hari skuad Harimau Muda A akan berlepas ke Slovakia.
Jurulatih Harimau Muda A, Azraai Khor Abdullah berkata, lima pemain itu sebenarnya pernah bersama, semasa saingan Liga Perdana tahun lalu dan hanya dipisahkan selepas pembentukan skuad Harimau Muda A dan B.

''Lima pemain yang dipilih ini sudah memahami bagaimana cara pemain lain beraksi dan boleh membentuk persefahaman dalam tempoh yang singkat.

''Saya memanggil mereka kerana kesemuanya berbakat besar, walaupun masih berusia bawah 19 tahun.

''Di samping itu, saya yakin mereka boleh menyumbang sesuatu kepada skuad ini semasa beraksi pada liga Slovakia,'' katanya ketika ditemui di Wisma FAM, semalam.

Lima pemain skuad Harimau Muda B yang terpilih itu ialah Mohamad Fadhli Mohd Shas, Gary Steven Robbat, Mohd Fandi Othman, A Tamil Arasu dan Wan Zack Haikal Wan Noor.

Manakala lima pemain Harimau Muda A yang digugurkan ialah Mohd Nazrin Baharudin, Muhamad Zulhariz Mohd Nor ,Ahmad Aminuddin Shaharuddin, Yusaini Hafiz Chee Saad dan Mohd Shahrul Hafiz Mohd Shah.

Tiga pemain Harimau Muda A yang beraksi bersama skuad negara semasa Sukan SEA XXV Laos 2009 ialah Mohd. Muslim Ahmad, K. Gurusamy dan Mahalli Jasuli.

Azraai juga berkata, persefahaman antara 25 pemain dalam skuad tersebut umpama adik beradik dan mereka boleh diibaratkan seperti satu keluarga yang besar.

''Setelah dua tahun mereka bersama, pemain ternyata saling menghormati.
''Mereka mengetahui kekuatan dan kelemahan setiap rakan sepasukan.

''K. Gurusamy selaku ketua pasukan juga dapat memainkan peranannya, dia diterima oleh semua pemain skuad ini.

''Atas keyakinan itu, saya percaya mereka mampu beraksi dengan baik di Slovakia nanti, '' katanya.

Pad masa sama, Azraai melaungkan keyakinan pemainnya sudah bersedia untuk mengharungi cabaran pada liga di Slovakia, terutama dari aspek fizikal dan mental.

''Segala cabaran dan kesukaran sudah terangkan kepada pemain, termasuk cuaca di sana, saiz pemain di sana dan aspek pemakanan,'' ujarnya
-ditulis oleh utusan

HARIMAU MUDA TETAP DAPAT MATA..


KUALA LUMPUR - Setiap keputusan yang dicatat Harimau Muda A dalam persaingan Liga 1 Slovakia mulai 27 Februari ini akan tetap dikira sebagai mata dan mempengaruhi kedudukan sekalipun skuad bawah 21 tahun negara hadir sebagai pengganti sebuah kelab yang menarik diri.

Malah Setiausah Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, Persatuan Bola Sepak Slovakia (SFZ), sanggup menyediakan sebuah anugerah khas berdasarkan sejauh mana pencapaian anak buah Azraai Khor Abdullah itu sepanjang liga sehingga 29 Mei ini.

"Cuma Harimau Muda A tidak akan memenangi piala liga berkenaan atau sebarang ganjaran wang yang mungkin ditawarkan walaupun mereka bergelar juara," katanya, yang baru dua hari pulang ke tanah air selepas mengadakan rundingan dengan SFZ sejak 9 Februari lalu.

Azzuddin turut menegaskan, Harimau Muda A akan bermain selaku muka baru liga tersebut, tanpa perlu 'mengusung' sebarang mata yang dipungut kelab yang diganti kerana menarik diri, ZP Sport Podbrezova, yang cuma bermain lima perlawanan.

Keraguan mengenai status liga sebenar yang disertai anak buah Azraai Khor Abdullah itu timbul setelah laman web Persatuan Bola Sepak Slovakia, awal bulan ini mendedahkan bahawa mereka hanya akan beraksi dalam Liga 1, yang bertaraf divisyen dua.

Malah Harimau Muda A dikatakan cuma hadir menggantikan kelab ZP Sport Podbrezova, bagi menghabiskan baki 14 perlawanan kelab itu yang menarik diri setelah hanya bermain lima perlawanan dalam Liga 1.

Liga yang diuruskan Kesatuan Kelab-kelab Liga (ULK) itu, bermula pada 11 Jun lalu dan melalui 18 perlawanan, sekali gus kehadiran skuad bawah 21 tahun Malaysia ini dikatakan sekadar lawan persahabatan buat salah satu kelab yang berehat pada hari perlawanan kerana jumlah pasukan yang ganjil.

Liga berkenaan menampilkan kelab seperti Safa, Ruzomberok B, Michalovce, Liptovsky Mikulas, Dolny Kubin, Zlate Moravce Vion, Trencin, Puchov, Lucenec, Rimavska Sobota dan Prievidza.

"Bagi saya, walau apa pun format liganya (mengandungi 14 perlawanan timbal balik), marilah kita terimanya sebagai medan pendedahan berguna bertaraf antarabangsa untuk pasukan bola sepak belia kita.

"Satu lagi berita baik ialah SLZ amat mengalu-alukan kehadiran pasukan belia kita, malah mengharapkan kita dapat menempatkan sebuah pasukan yang tetap dalam liga mereka musim depan.

"Selain itu, mereka berjanji untuk mengemukakannya sebagai sebahagian program pembangunan bola sepak Slovakia dan kerjasama dengan negara asing kepada UEFA (Kesatuan Bola Sepak Eropah)," kata Azzuddin.

Bagaimanapun menurutnya, Harimau Muda A masih perlu membayar sendiri segala kos makan minum, penginapan dan pengangkutan, selain serba sedikit yuran penyertaan dan perlindungan insurans, yang disifatkan lumrah dalam mana-mana pertandingan bola sepak.

"Kami tidak berhasrat menggunakan bantuan kepakaran pakar sains sukan atau tukang masak khas ISN (Institut Sukan Negara) untuk menemani pasukan, buat masa ini. Mungkin sudah suntuk tetapi memang mengalu-alukannya pada masa hadapan," katanya.
ditulis oleh utusan

Tuesday 16 February 2010

PIALA FA: PASUKAN PILIHAN TEPATI RAMALAN


Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan menepati ramalan apabila masing-masing mencatat kemenangan pada perlawanan pertama pusingan kedua Piala Fa. Manakala finalis musim lalu Kelantan terpaksa berpuas hati apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Kedah.

Pada perlawanan di Stadium Shah Slam, Selangor yang melayan pasukan berstatus kelab PKNS jelas tidak mempunyai masalah membenam cabaran PKNS 2-0 menerusi jaringan Farderin Kadir dan R. Surendran.

Negeri sembilan pula yang beraksi selaku pelawat di Stadium Tunku Abdul Rahman terpaksa berhempas pulas sebelum menang 3-2 keatas PDRM. Zaquan adha menjaringkan dua gol dan satu lagi dihasilkan oleh S.Kunalan. Gol PDRM pula dijaringkan oleh Eddy Gathil dan S.Harivarman.

Terengganu pula membuktikan kejaguhan mereka apabila mudah menundukkan pasukan liga perdana, Sarawak dengan jaringan 2-0 di Stadium Sarawak. Gol-gol Terengganu di jaringkan oleh Joseph Kalang dan Abdul Manaf Mamat.

Pada perlawanan tumpuan Kedah bertemu Kelantan menyaksikan kedua-dua pasukan gagal memecahkan kebuntuan menghasilkan gol. Ini menambahkan lagi badi seri Kelantan di tempat lawan walaupun mempunyai penyerang berpengalaman. Kedah juga gagal memberikan keceriaan kepada penyokong mereka yang hampir dua puluh ribu memenuhi stadium.

T-team pula gagal menggunakan kesempatan bermain di laman sendiri apabila hanya mampu seri 1-1 dengan Perak di Stadium Sultan Ismail. Harris Safuan Kamal menyelamatkan Terengganu daripada tewas apabila berjaya menghasilkan gol pada lewat permainan untuk mengikat Perak.

Lain-lain keputusan, Felda United seri 1-1 dengan Pos Malaysia dan Kl Plus berjaya membenam kuala Lumpur 3-0di Stadium MBPJ. Satu lagi perlawanan ATM mudah menjinakkan UITM 3-0 di Stadium Selayang.

* perlawanan kedua akan diadakan pada 20.2.2010

KEPUTUSAN PIALA FA 16.2.2010


PUSINGAN KEDUA:
..
Selangor 2-0 PKNS
(Stadium Shah Alam, Selangor)
..
Felda United FC 1-1 POS Malaysia
(Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras)
..
PLUS FC 3-0 Kuala Lumpur
(Stadium MBPJ, Kelana Jaya)
..
PDRM 2-3 Negeri Sembilan
(Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, NS)
..
T-Team 1-1 Perak
(Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah)
..
Sarawak 0-2 Terengganu
(Stadium Sarawak, Kuching)
..
ATM 3-0 UiTM
(Stadium MP Selayang, Selangor)
..
Kedah 0-0 Kelantan
(Stadium Darul Aman, Alor Setar)
..
*Semua perlawanan akan dilangsungkan secara timbal balik pada 20.2.2010

Sunday 14 February 2010

PERLAWANAN TUMPUAN PIALA FA


Selepas melihat kepada jadual Piala Fa pusingan kedua yang berlangsung esok, tidak salah jika saya mengatakan pertembungan antara Kedah bertemu Kelantan paling mencuri tumpuan. Manakala perlawanan lain bakal menyaksikan pasukan-pasukan pilihan seperti Negeri Sembilan, Selangor dan Terengganu tidak mempunyai banyak masalah kerana masing-masing dijadualkan bertemu pasukan liga perdana.

Pertembungan dua pasukan yang mempunyai pengaruh yang besar dalam liga Malaysia ini pastinya akan menggamit ribuan penyokong kedua-dua pasukan untuk memenuhi ruang Stadium Darul Aman pada malam esok. Ini merupakan pertemuan kedua di antara pasukan Kelantan dan Kedah pada musim ini. Pada pertembungan pertama dalam aksi liga super menyaksikan pasukan Kedah yang di beri jolokan Sang Kenari telah berjaya menumbangkan skuad Red Warrior di Kota Bharu hasil kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol kelantan iaitu Syed Adney sehingga membolehkan Azlan Ismail mudah menolak bola ke gawang kelantan.

Sudah pasti pertemuan malam esok sangat ditunggu-tunggu oleh pasukan Kelantan bagi menebus kembali maruah yang tercalar akibat kekalahan yang memalukan tempoh hari. Peluang bertemu Kedah di Stadium Darul Aman dilihat satu peluang membalas kembali kekalahan mereka di tempat sendiri dengan harapan dapat mengecewakan ribuan penyokong Kedah pada malam esok. Namun Kedah yang berada diprestasi terbaik pada waktu ini tidak mungkin akan melepaskan peluang beraksi di halaman sendiri untuk mencari bekalan selesa sebelum perlawanan kedua timbal balik sabtu ini di Kota Bharu.

Bagi pasukan Kelantan, perkara yang menjadi tanda tanya penyokong fanatik pasukan itu ialah siapa yang akan digandingkan bersama Norshahrul Idlan Talaha di bahagian serangan. Adakah B.Sathianathan akan terus meletakkan Hairudin Omar yang gagal menjaringkan gol pada tujuh perlawanan..? atau meletakkan penyerang kelahiran Kedah, Akmal Rizal di bahagian serangan. Manakala pasukan Kedah sudah pasti akan menurunkan penyerang berbisa mereka iaitu Azlan Ismail yang juga penjaring terbanyak liga super untuk merobek gawang Kelantan. Apapun kesudahanya, kita menharapkan satu perlawanan yang sengit dan berkualiti akan dipamerkan oleh kedua-dua pasukan pada malam esok>>>

Saturday 13 February 2010

JADUAL PERLAWANAN PIALA FA (PUSINGAN KEDUA)


SELASA 16.2.2010


Selangor vs PKNS
(Stadium Shah Alam, Selangor)

Felda United FC vs POS Malaysia
(Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras)

PLUS FC vs Kuala Lumpur
(Stadium MBPJ, Kelana Jaya)

PDRM vs Negeri Sembilan
(Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, NS)

T-Team vs Perak
(Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah)

Sarawak vs Terengganu
(Stadium Sarawak, Kuching)

ATM vs UiTM
(Stadium MP Selayang, Selangor)

Kedah vs Kelantan
(Stadium Darul Aman, Alor Setar)

Friday 12 February 2010

KEDUDUKAN TERKINI LIGA SUPER

LIGA PERDANA

FELDA UNITED, PKNS DAN HARIMAU MUDA TERUS KUASAI LIGA PERDANA

Saingan menarik tiga pasukan teratas liga perdana terus berterusan. Kedudukan tiga tempat teratas menyaksikan saingan yang sengit di antara FELDA, PKNS dan Harimau Muda. FELDA bagaimanapun masih menerajui liga berkongsi 16 mata bersama PKNS namun dibezakan julah jaringan gol. Manakala skuad muda Negara hanya dua mata ketinggalan di belakang FELDA dan PKNS.

Pada perlawanan semalam, FELDA telah berjaya menumpaskan PDRM 2-1 di Stadium Bolasepak Cheras untuk terus menguasai liga perdana. Gol FELDA telah di jaringkan oleh Amir Shahreen Mubin pada minit ke 21 dan Abdul Ghani Abdul Rahman pada minit ke 61. Manakala gol saguhati PDRM dijaringkan oleh Mohd. Fauzi Abdul Majid pada minit ke-80.

Harimau Muda mula membuktikan bahawa mereka bukanlah budak hingusan apabila mudah mengetepikan pasukan Melaka di Stadium Hang Tuah dengan jaringan selesa 3-1.
Kemenangan tersebut meletakkan skuad bimbingan Ong Kim Swee itu mengumpul 14 mata.

PKNS pula tidak mempunyai banyak masalah mengenepikan pasukan yang masih mentah Pos Malaysia Fc dengan kemenangan 3-0 sekaligus berkongsi 16 mata bersama FELDA untuk berada di tangga kedua liga perdana.

Lain-lain keputusan menyaksikan ATM melonjak ke tangga keempat liga selepas menang besar 4-0 ke atas pendatang baruUSM Fc di Stadium Majlis Perbandaran Selayang manakala Shahzan Muda tewas kepada Sabah 1-0.

Thursday 11 February 2010

KEPUTUSAN LIGA PERDANA 12/2/2010


Melaka 1-3 Harimau Muda

ATM 4-0 USM FC

Felda United 2-1 PDRM

Shahzan Muda 0-1 Sabah

MP Muar 1-1 Sarawak

PKNS 3-0 Pos Malaysia Fc

AZRAAI AMBIL LIMA PEMAIN SKUAD B


DEMI mendapatkan barisan impian, jurulatih Harimau Muda A, Mohd Azraai Khor Abdullah, menggugurkan lima pemainnya dan menyerap masuk jumlah yang sama daripada Harimau Muda B.

Sekalipun Azraai mengakui sukar membuat keputusan itu, lima pemainnya - Mohd Nazrin Baharudin, Muhamad Zulhariz Mohd Nor (pertahanan), Ahmad Aminuddin Shaharuddin, Yusaini Hafiz Chee Saad dan Mohd Shahrul Hafiz Mohd Shah (pemain tengah) terpaksa disisihkan daripada skuad bawah 21 tahun yang akan beraksi dalam Liga Slovakia bermula 27 Februari hingga 29 Mei ini.

Sebagai galang ganti, lima pemain Harimau Muda B bimbingan jurulatih Ong Kim Swee yang mendapat tempat dalam skuad Azraai Khor adalah Mohamad Fadhli Mohd Shas (pertahanan), Gary Steven Robbat, Mohd Fandi Othman (pemain tengah), A Tamil Arasu dan Wan Zack Haikal Wan Noor (penyerang).

"Saya hanya bawa 25 pemain ke Slovakia dan saya mahu pemain yang benar-benar bagus untuk mendapat pendedahan di sana. Ini adalah persiapan awal untuk menghadapi Sukan Sea 2011, jadi adalah penting untuk saya mendapatkan pemain terbaik," katanya, semalam.

Menurutnya, semua pemain yang berada dalam skuad mendapat penilaian sewajarnya dan tidak timbul sebarang isu pilih kasih atau sebagainya.

"Lima pemain Harimau Muda B itu sebenarnya adalah pemain asal Harimau Muda A yang mempunyai 30 pemain.

Tapi mereka saya lepaskan bermain bersama skuad Kim Swee kerana ketika itu kami tidak ada sebarang kejohanan kompetitif dan bagi saya, elok mereka berusia bawah 19 tahun itu bermain dengan Harimau Muda B.

"Lima pemain yang saya pilih ini memang layak di segi prestasi dan kebolehan.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna lima pemain digugurkan itu akan terus diketepikan kerana mereka akan menyertai Harimau Muda B apabila kami berangkat ke Slovakia, Sabtu depan.

Peluang untuk bersama skuad negara masih terbuka bukan hanya kepada lima pemain yang digugurkan itu sebaliknya kepada pemain lain juga," katanya.

Menurut Azraai, semua pemain akan bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina, bermula hari ini dan menyambung latihan pusat, Selasa depan.

Skuad Harimau Muda A yang menjuarai Liga Perdana musim lalu akan mengharungi 14 perlawanan dalam tempoh lebih tiga bulan di Slovakia selepas penyertaan mereka dalam Liga Super musim ini ditolak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) manakala hasrat beraksi dalam Liga Singapura pula tidak kesampaian.
ditulis oleh harian metro

GOL PILIHAN: PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2009

STADIUM BARU JADI KENYATAAN

HASRAT peminat bola sepak Kelantan menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi di stadium baru mungkin akan menjadi kenyataan.

Ini kerana kerajaan negeri telah bersetuju menyediakan tapak pembinaan bagi kompleks sukan termasuk sebuah stadium.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Abdul Fatah Mahmood berkata, mesyuarat Perbadanan Stadium sebelum ini turut memutuskan untuk mengekalkan Stadium Sultan Muhammed IV yang berusia lebih 40 tahun itu.

Menurutnya, kerajaan negeri bersetuju menyediakan tanah seluas 16 hektar di Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu sebagai lokasi pembinaan kompleks sukan tersebut.

Pada masa yang sama katanya, kerajaan negeri juga memohon sebanyak RM500 juta daripada Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi membina kompleks sukan yang dicadangkan itu.

"Kita memilih untuk mendirikan stadium baru ini atas sebuah tapak baru kerana berpendapat stadium yang sedia ada mempunyai nilai sentimental serta sejarah yang tersendiri.

"Kerajaan negeri juga berpendapat bahawa sebuah stadium baru sangat diperlukan untuk pelbagai program termasuk bola sepak, cuma ketika ini kita berdepan masalah kekangan kewangan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kota Bharu semalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memohon Kerajaan Pusat membina sebuah stadium bola sepak berharga RM100 juta di Kelantan bagi memberi keselesaan kepada penonton menyaksi- kan perlawanan bola sepak.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, stadium bola sepak baru yang dicadangkan itu dapat menampung kira-kira 30,000 penonton berbanding Stadium Sultan Muhammed IV yang hanya boleh menampung 15,000 penonton sahaja.

Abdul Fatah berkata, kerajaan negeri begitu berbesar hati sekiranya pihak-pihak berkenaan bersedia untuk menyumbang dari segi dana bagi pembinaan stadium baru tersebut.

Bagaimanapun jelasnya, sehingga kini belum ada perbincangan khusus antara kerajaan negeri dan KAFA mengenai perancangan tersebut.

"Sudah tiba masanya untuk kita mengetepikan seketika isu-isu tertentu semata-mata untuk menumpukan perhatian terhadap pembangunan sukan serta bola sepak tempatan.

"Kerajaan negeri memandang serius dan positif mengenai perkara ini dan ia seharusnya mampu direalisasikan untuk kepentingan golongan belia di negeri ini," ujarnya.

Katanya, beliau bersama Timbalan Menteri Besar yang merupakan Pengerusi Perbadanan Stadium sebelum ini telah melakukan lawatan ke Korea Selatan untuk melihat sendiri stadium serta prasarana sukan yang dimiliki negara tersebut.

Abdul Fatah turut melahirkan harapan untuk menjadikan program pembangunan sukan di Kelantan setanding dengan negeri- negeri lain.

"Sukan hari ini bukan lagi sekadar hobi atau minat tetapi ia mampu dijadikan satu kerjaya yang baik dan mendatangkan pulangan lumayan kepada para atlet dan ahli sukan," tambahnya.
ditulis oleh kosmo

DOLLAH BANGGA KOMITMEN PEMAIN

TERBAIK! Itulah komen jurulatih Pahang, Dollah Salleh selepas skuad bimbingannya itu menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Darulmakmur, kelmarin.

Menurut bekas pemain kebangsaan itu, perlawanan ketujuh saingan Liga Super itu adalah yang terbaik dipersembahkan pemainnya yang dilihat semakin menunjukkan kematangan.

"Komitmen semua pemain, terutama gandingan Abd Rahman Abd Kadir dan R Kartigesu di bahagian serangan, menambah lagi kekutan pasukan.

"Begitu juga komitmen pemain tengah, Hasmizan Kamarodin dan penjaga gol, Wan Muhd Azraie Wan Teh serta semua pemain yang tidak kenal erti putus asa

"Semangat seperti ini yang perlu dikekalkan jika mahu meletakkan Pahang pada kedudukan selesa dalam Liga Super musim ini," katanya, semalam.

Selepas tujuh perlawanan, Pahang menduduki tangga kelima dengan memungut 13 mata daripada empat kemenangan dan satu seri.

Mengulas perlawanan itu, Dollah berkata, percaturan bersama penolongnya, Ahmad Shaharuddin Rosdi memberi impak terutama kekuatan di bahagian serangan berikutan kecederaan pemain utamanya.

Menurutnya, prestasi semua pemain juga menunjukkan bahawa mereka mampu melakar kemenangan berkat daripada kesugguhan dan komitmen sepanjang tempoh 90 minit permainan.

"Saya gembira kerana kami berjaya mengutip tiga mata, sekali gus mengekalkan rekod bersih di gelanggang sendiri.

"Pada enam perlawanan Liga Super, saya lebih gemar menggunakan formasi 4-4-2 tetapi disebabkan kecederaan penyerang utama (Azamuddin Akil), saya terpaksa membuat perubahan dan ternyata ia berhasil," katanya.
ditulis oleh harian metro

Wednesday 10 February 2010

ZAQUAN PERLU BELAJAR JADI PENYERANG SEJATI- WAN JAMAK

KUANTAN - Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan kecewa dengan prestasi ayam tambatannya, Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak yang setakat kini masih belum mencapai tahap sebenar.

Kekalahan memalukan 1-2 di tangan Pahang yang dibarisi pemain muda, membuktikan penyerang skuad Rusa dan kebangsaan itu perlu lebih banyak belajar untuk menjadi seorang 'penyerang sejati.'

Setakat pertemuan kelmarin, Zaquan gagal memberikan persembahan menyakinkan apabila tidak mampu merobek gawang lawan.

''Dengan usianya yang masih muda, Zaquan perlu banyak belajar dan kancah Liga Super merupakan gelanggang sesuai untuknya," katanya selepas perlawanan dengan Pahang di Stadium Darul Makmur, kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, juara Piala Malaysia musim lalu itu tewas mengejut 1-2 kepada Pahang yang dibimbing Dollah Salleh.

Dua gol Pahang dijaringkan oleh Abdul Rahman Kadir dan Mohd. Fazli Baharudin, masing-masing pada minit ke-37 dan ke-88, manakala gol tunggal Negeri Sembilan disempurnakan oleh K. Thanaraj pada minit ke-65.

Mengulas perlawanan tersebut, Wan Jamak berkata, Mohamad Zaquan Adha, perlu bertindak sebagai penyerang sebenar dengan menjaga posisinya.

''Dia tidak perlu berlari ke sana sini atas padang mengejar bola.

''Dia sepatutnya mendapatkan bola dan menyerang.

''Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan dia atas kekalahan ini," katanya.

Ditanya mengenai prestasi Negeri Sembilan yang agak terumbang ambing sejak awal musim, Wan Jamak menjelaskan, pasukannya masih belum berada pada tahap sebenar.

Para pemain, katanya, belum menemui sentuhan masing-masing dalam beberapa siri perlawanan sebelum ini.

''Para pemain sedang mencari rentak dan belum menemui keserasian dan prestasi Negeri Sembilan pada masa ini hanya berada di tahap 60 peratus," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menyalahkan kealpaan barisan pertahanan yang menyebabkan Negeri Sembilan gagal mengutip sebarang mata, selepas Mohd. Fazli meledakkan gol bagi memastikan Pahang memperoleh tiga mata pada minit terakhir perlawanan kelmarin
ditulis oleh utusan

Tuesday 9 February 2010

PAHANG KEJUTKAN N.SEMBILAN

KUALA LUMPUR - Johor FC dan Pahang, masing-masing melonjak ke tangga keempat dan kelima Liga Super apabila memenangi perlawanan semalam.

Di Stadium JCorp, Pasir Gudang, skuad Johor FC bimbingan Ramlan Rashid menundukkan KL PLUS 1-0, sementara skuad Tok Gajah mengejutkan juara Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Jaringan Nurul Azwan Roya, yang mengelecek dua pemain lawan, selepas mendapat hantaran Irme Mat pada minit ke-67, membolehkan Johor FC mengatasi KL PLUS.

Kemenangan itu membolehkan Johor FC mengekori rapat Kedah, apabila berkongsi 13 mata, tetapi masih berbeza jaringan.

Johor FC terpaksa bermain dengan 10 pemain mulai minit ke-49, apabila Mohd. Khairul Ismail dilayangkan kad merah.

Dollah Salleh pula tersenyum lebar dengan jaringan Rahman Kadir dan Fazli Baharuddin pada minit ke-37 dan ke-88 untuk Pahang menghampakan Negeri Sembilan.

Sebelum Pahang mengesahkan kemenangan, Negeri Sembilan sempat menyamakan kedudukan menerusi jaringan K. Thanaraj pada minit ke-65.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru pula, Johor terus terperosok di tangga tercorot liga, apabila mencatat kekalahan kelima, 0-3 kepada T-Team.

T-Team menjaringkan gol sulung pada minit ke-29 menerusi sepakan Mohd. Haris Safwan Kamal.

Pelawat terus selesa mendahului menerusi Mohd. Norhisham Hassan pada minit ke-75.

Lima minit sebelum permainan berakhir, T-Team memadamkan sisa harapan anak buah Nasir Yusof dengan jaringan ketiga oleh Abd. Hadi Yahya.

Kemenangan selesa itu membolehkan T-Team mengumpul sembilan mata, dan naik dari tangga ke-10 ke tangga lapan liga, selepas tujuh perlawanan

Sunday 7 February 2010

PERLIS. PAHANG TERSINGKIR

KUALA LUMPUR - Perak menyingkirkan Perlis dari saingan Piala FA apabila menang 2-1 pada perlawanan kedua pusingan pertama, di Stadium Perak, Ipoh semalam.

Saufi Sa'aidi memastikan kemaraan pasukannya apabila menjaringkan kedua-dua gol pada minit ketujuh dan ke-26.

Mohd. Noor Hazrul Mustafa cuba merapatkan kedudukan untuk Perlis dengan jaringan pada minit ke-74.

Perlawanan berlangsung penuh tegang apabila empat pemain dibuang padang iaitu Hafiz Abdul Rahman dan K. Nanthakumar (Perak), Azmizi Azmi dan Wan Mohd. Shukri Wan Ahmad (Perlis).

Satu lagi pasukan dari Liga Super, Pahang turut tersingkir apabila tewas pada perlawanan kedua kepada Felda United 3-1 untuk agregat 4-2 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Hasrat Harimau Muda untuk mara ke pusingan kedua tidak kesampaian apabila tewas 3-1 kepada KL Plus.

KL PLUS mara ke pusingan kedua setelah mencatat kemenangan agregat 4-3.
Terengganu berjaya mara ke pusingan kedua selepas menang 3-0 ke atas USM FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Pasukan bimbingan Ifran Bakti Abu Salim itu membuka jaringan melalui Hariri Mohd Safii pada minit ke-35.

Pemain kebangsaan, Abdul Manaf Mamat menambah gol kedua pada minit ke-79, sebelum Ashaari Shamsuddin melengkapkan kemenangan bergaya Terengganu dengan gol ketiga empat minit sebelum perlawanan tamat.

Jaringan hatrik Abdul Hadi Yahya pada minit ke-17, ke-48 dan ke-52 berjaya membawa T-Team mara ke pusingan kedua, selepas menang 3-0 untuk agregat 4-0 ke atas Shahzan Muda, di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Turut mara ialah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menang perlawanan kedua 3-1 (agregat 6-1), diiringi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan agregat 6-2 ke atas Melodi Jaya selepas menang perlawanan pertama 5-1.

Di Stadium Sarawak, jaringan minit akhir menerusi sepakan penalti Abang Za'afari Abang Othman, membolehkan Sarawak mara ke pusingan kedua atas kelebihan jaringan di tempat lawan, pada perlawanan pusingan pertama mereka tewas tipis 2-1 (agregat 2-2).

Pasukan lain yang berjaya melangkah ke pusingan kedua ialah PKNS, Pos Malaysia, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Kedah
ditulis oleh utusan

Saturday 6 February 2010

KEPUTUSAN PIALA FA 6/2/2010


TERENGGANU 3-0 USM
(Terengganu mara agregat 7-1)
..
PERAK 2-1 PERLIS
(Perak mara agregat 2-1)
..
NEGERI SEMBILAN 5-3 JOHOR FC
(Negeri sembilan mara agregat 7-5)
..
HARIMAU MUDA 1-3 KL PLUS
(KL Plus mara agregat 4-3)
..
KEDAH 1-0 SABAH
(Kedah mara agregat 3-0)
..
MELAKA 3-1 ATM
(ATM mara agregat 6-1)
..
FELDA UNITED 3-1 PAHANG
(Felda united mara agregat 4-2)
..
SHAHZAN MUDA 0-3 T-TEAM
(T-TEAM mara agregat 4-0)
..
POS MALAYSIA 5-1 MP MUAR
(Pos Malaysia mara agregat 5-2)

Friday 5 February 2010

NEGERI SEMBILAN PERLU MENANG DI TEMPAT SENDIRI


SELEPAS menyekat penguasaan Johor FC pada perlawanan pertama di tempat lawan, Negeri Sembilan tidak rela reputasinya tercalar pada perlawanan timbal balik pusingan pertama saingan Piala FA, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini.
.
Justeru jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan, mengingatkan pemain supaya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada cabaran itu dengan memastikan kelebihan beraksi di tempat sendiri tidak disia-siakan.
.
Katanya, selepas terikat 2-2 dalam perlawanan lalu, kemenangan ke atas Johor FC amat penting kerana ia menentukan hidup mati pasukan dalam saingan kalah mati itu dan kegagalan menyekat kemaraan lawan bakal menjejaskan reputasi selaku juara Piala Malaysia
.
“Sehubungan itu pemain harus berhati-hati dan berusaha mengekalkan persembahan terbaik dengan memanfaatkan setiap peluang bagi menjamin kemenangan.
.
“Pemain harus sedar kedudukan pasukan ketika ini belum menjamin untuk melangkah ke pusingan seterusnya kecuali kemenangan malam esok (ini).
.
Oleh itu mereka tiada pilihan kecuali memastikan kelebihan beraksi di halaman sendiri dimanfaatkan sepenuhnya," katanya semalam.
.
Jurulatih berpengalaman itu berkata, tidak banyak perubahan yang akan dilakukan dalam kesebelasan utama nanti kecuali barisan depan yang mungkin sekali lagi bersandarkan kepada gandingan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak dan Mohd Firdaus Azizul
.
Menurutnya, rekod cemerlang laman sendiri dalam dua perlawanan Liga Super sebelum ini harus dikekalkan dan dengan sokongan padu penyokong setia, Negeri Sembilan tiada alasan untuk tergelincir daripada landasan kemenangan.
.
“Perlawanan ini ibarat hidup mati pasukan dan setiap pemain harus memberikan sepenuh perhatian untuk memastikan langkah ke pusingan saingan berikutnya,” katanya.
ditulis oleh berita harian

PIALA FA: PERTEMBUNGAN PERAK DAN PERLIS JADI TUMPUAN


Pertembungan kedua di antara pasukan Perak dan Perlis malam esok pastinya akan menyajikan satu perlawanan yang sengit bagi meneruskan aksi di pusingan kedua Piala Fa. Kedua-dua pasukan sudah tentu tidak mahu tersingkir awal dalam kejohanan kali ini. Kelebihan kini lebih memihak kepada pasukan Perak kerana pasukan Seladang akan beraksi di gelanggang sendiri malam esok.
.
.
Pada pertembungan selasa lalu di Kangar, Perlis seharusnya menyalahkan diri sendiri kerana gagal menjaringkan gol walaupun mempunyai beberapa peluang bagi menjaringkan gol. Namun peluang Perlis masih terbuka luas kerana pretasi Perak di laman sendiri tidak begitu meyakinkan termasuk tewas kepada Johor Fc 3-0 baru-baru ini. Yang pasti, pasukan yang berjaya menjaringkan gol awal pada perlawanan malam esok berpeluang cerah mara ke pusingan kedua piala itu pada 16 dan 20 Februari ini.

Thursday 4 February 2010

MALAYSIA DI TANGGA 159 DUNIA

Malaysia melonjak ke tangga 159 dunia naik satu anak tangga daripada kedudukan 160 dunia. Kemenangan yang dicapai oleh skuad muda Kebangsaan di sukan SEA Laos tidak banyak membantu kedudukan Malaysia dalam ranking terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semalam. Kedudukan Malaysia dalam kelompok Asia Tenggara juga masih ketinggalan dibelakang Thailand,Vietnam,Singapore,Indonesia dan Myanmar.

1.Thailand. (98)
2.Vietnam. (116)
3.Singapore. (120)
4.Indonesia. (136)
5.Myanmar (141)
6.MALAYSIA. (159)
7.Filipina. (167)
8.Kemboja. (173)
9.Laos. (179)
10.Brunei. (191)
11.Timor Leste. (200)

Wednesday 3 February 2010

KELAB PENYOKONG PERTAHAN SATHIA

KETUA jurulatih Kelantan, B. Sathianathan boleh menarik nafas lega apabila dua kelab penyokong utama The Red Warriors tetap berdiri teguh di belakangnya.


Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (kelate.net) menyatakan pendirian bagi mempertahankan bekas pengendali skuad kebangsaan itu untuk terus mengemudi pasukan Kelantan.

Presidennya, Marhasim Mat memberitahu, pihaknya kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang disifatkan sebagai 'api dalam sekam'.

Menurutnya, usaha dan gerakan tersebut dilihat cuba untuk memecah belahkan pasukan.
"Kita tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba menjatuhkan pasukan dengan melaga-lagakan pemain mahupun cuba menjatuhkan jurulatih.

"Ini adalah sikap orang-orang yang tidak boleh melihat orang lain lebih hebat daripada mereka, sedangkan mereka sendiri tidak mampu sekiranya diberikan tugas tersebut," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, beliau dan seluruh ahli kelate.net masih lagi menaruh kepercayaan serta harapan kepada ketua jurulatih Kelantan itu untuk menerajui pasukan.

Katanya, masih terlalu awal untuk mengukur kemampuan Sathianathan dan sasaran pihak pengurusan adalah sehingga penghujung musim ini.

"Kita baru melalui tujuh perlawanan dan perjalanan ini masih panjang, sepatutnya kepincangan pasukan diuruskan dengan lebih berhemah dan bukannya menuding jari menyalahkan orang lain.

"Saya yakin dan percaya bahawa Kelantan mampu mengulangi pencapaian musim lepas berdasarkan pemain yang ada musim ini," ujarnya.

Sementara itu, Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (KPBSK) turut menyatakan pendirian yang sama dengan mempertahankan kedudukan Sathianathan.

Setiausaha KPBSK, Azman Mohd. Noor berkata, berdasarkan tujuh perlawanan lalu prestasi Kelantan tidaklah terlalu teruk berbanding musim lalu.

"Musim lepas kita tewas di Terengganu dan Perlis tetapi musim ini kita mencatat keputusan seri dan ia suatu yang positif untuk kita sama-sama menilainya.

"Memiliki pemain bintang bukan bererti kita mesti menang dalam semua perlawanan, jika kita rasa kita kuat, kita kena ingat orang lain juga kuat," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan kekecewaan apabila sesetengah pihak turut mempertikaikan pelantikan Indra Putra Mahayuddin sebagai ketua pasukan.

"Siapa sahaja boleh dilantik sebagai kapten sama ada dia anak Kelantan atau tidak, itu bukan isunya. Selagi dia layak dia berhak mengepalai pasukan.

"Mereka (pemain) adalah pemain profesional dan saya harap jangan ada penyokong di luar sana cuba untuk mengeruhkan keadaan dengan isu remeh seperti ini," jelasnya
ditulis oleh kosmo

Tuesday 2 February 2010

KEPUTUSAN PIALA FA 2/2/2010


PDRM 5-0 JOHOR MELADI JAYA
..
UAM 1-4 TERENGGANU
..
PERLIS 0-0 PERAK
..
JOHOR FC 2-2 NEGERI SEMBILAN
..
HARIMAU MUDA 2-1 KL PLUS
..
SABAH 0-2 KEDAH
..
ATM FC 3-0 MELAKA
..
PAHANG 1-1 FELDA UNITED
..
T-TEAM 1-0 SHAHZAN MUDA
..
PULAU PINANG 2-1 SARAWAK
..
MP MUAR 1-0 POS MALAYSIA

Monday 1 February 2010

SATHIANATHAN TAK HIRAU KRITIKAN

KOTA BHARU – Jurulatih pasukan bola sepak Kelantan, B. Sathianathan tidak peduli dengan asakan pihak tertentu yang didakwa cuba menggulingkannya daripada skuad The Red Warriors, yang dibimbingnya sejak setahun lepas.

Apa yang penting bagi dirinya ialah terus mendapat kepercayaan anak buahnya dan pihak pengurusan, untuk memastikan pasukan mencipta kejayaan dalam Liga Super musim ini, selepas berjaya membawa perubahan pada musim lalu.

“Saya akan membuktikan keupayaan dan tidak akan layan segala kerenah yang boleh menjejaskan pretasi saya sebagai jurulatih, kerana azam saya ke sini untuk membimbing pasukan Red Warriors hingga ke mercu kejayaan,” katanya semalam.

Kelmarin, Presiden Bola sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa ketika mengulas mengenai desas-desus wujud komplot untuk menggulingkan Sathianathan berkata beliau, berpuas hati dengan prestasi skuad Red Warriors yang berjaya menduduki tempat keempat dalam saingan Liga Super setakat ini.

Beliau menolak dakwaan bahawa mutu permainan pasukan Kelantan dalam saingan Liga Super musim ini merosot, sejak dikendalikan oleh Sathianathan.

Sathianathan, yang juga bekas jurulatih kebangsaan berkata, kemampuan dan kelemahan jurulatih dan pemain, bukan boleh diukur pada satu atau dua perlawanan sahaja, tetapi prestasi mereka secara keseluruhan. – Bernama

JADUAL PERLAWANAN PIALA FA


PUSINGAN PERTAMA: (2 dan 6 Februari)
.....
SDM Kepala Batas vs PKNS
..
Felda United vs Pahang
..
Pos Malaysia vs MP Muar
..
KL Plus vs Harimau Muda B19
..
Kuala Lumpur vs Johor
..
PDRM vs Melodi Jaya
..
Johor FC vs Negeri Sembilan
..
Perlis vs Perak
..
T-Team vs Shahzan Muda
..
Pulau Pinang vs Sarawak
..
Staf USM vs Terengganu
..
UiTM FC vs Ban Hoe Leong
..
ATM vs Melaka
..
Sabah vs Kedah

'Slovakia kami datang'

LAMBAIAN Slovakia kini terpancar di mata setiap pemain skuad Harimau Muda A kerana negara itulah yang akan menjadi destinasi mutakhir untuk menimba pengalaman paling berguna selepas impian beraksi di tanah air sendiri tidak kesampaian

Gelaran selaku juara Liga Perdana musim lalu umpama racun apabila sebahagian besar wakil persatuan bola sepak (FA) negeri yang menduduki kerusi ahli majlis Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak penyertaan pasukan itu.Sudahnya, nasib skuad bimbingan ketua jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah itu terumbang-ambing dan usaha FAM membolehkan mereka beraksi di Liga-S juga ditolak Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

Mujurlah, Slovakia hadir memberi jawapan yang cukup menggembirakan apabila Harimau Muda A dibenarkan beraksi di dalam Liga Divisyen Satu negara berkenaan dan Exco FAM yang bersidang petang semalam, mengesahkan perkara berkenaan.

"Harimau Muda A akan beraksi di Slovakia dan menyertai Liga Divisyen Satu negara itu. Mereka akan diletakkan di dalam Liga Bawah 21 Tahun. Liga berkenaan akan bermula Februari dan dijangka berakhir Mei nanti.

"Sepanjang tempoh itu, skuad Harimau Muda A akan mengharungi 14 perlawanan di peringkat liga dan itu belum dicampur dengan perlawanan persahabatan yang sudah kita aturkan untuk mereka ini," kata Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad.

Jawapan itu sekali gus melenyapkan semua teka-teki mengenai nasib serta masa depan Harimau Muda A yang menjadi isu utama sebelum ini kerana skuad berkenaan dikhabarkan bakal mempertahankan emas Sukan Sea yang dimenangi di Laos, hujung tahun lalu.

"Untuk tahun ini, beraksi di Liga Slovakia adalah yang terbaik buat skuad Harimau Muda A dan untuk tahun depan, kita akan lihat peluang mereka kembali disenaraikan di dalam Liga-M.

"Saya yakin walaupun ia hanya membabitkan lapan pasukan di dalam Liga Bawah 21 Tahun tetapi pemain Harimau Muda A akan mendapat pendedahan yang cukup baik," kata Redzuan.

Pengumuman itu juga selaras dengan apa dihajati FAM sebelum ini iaitu mahu terus membiarkan anak buah Azraai Khor itu berganding sebagai satu pasukan walaupun ada cadangan yang meminta badan induk kebangsaan itu menyerap pemain skuad terbabit ke dalam pasukan negeri yang sedang bermain di Liga-M.

FAM bagaimanapun kurang bersetuju dengan cadangan itu dan Redzuan berpendapat kaedah itu boleh menjejaskan prestasi pemain skuad Harimau Muda A terutama daripada segi tahap kecergasan masing-masing.

"Kita tidak mahu lagi ada alasan seperti pemain tidak cergas dan sebagainya. Ada negeri yang tidak mempunyai kelengkapan yang secukupnya dan kita bimbang tahap kecergasan pemain akan terjejas," katanya
Ditulis oleh harian metro

GOL PILIHAN: PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA