CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, 14 February 2010

PERLAWANAN TUMPUAN PIALA FA


Selepas melihat kepada jadual Piala Fa pusingan kedua yang berlangsung esok, tidak salah jika saya mengatakan pertembungan antara Kedah bertemu Kelantan paling mencuri tumpuan. Manakala perlawanan lain bakal menyaksikan pasukan-pasukan pilihan seperti Negeri Sembilan, Selangor dan Terengganu tidak mempunyai banyak masalah kerana masing-masing dijadualkan bertemu pasukan liga perdana.

Pertembungan dua pasukan yang mempunyai pengaruh yang besar dalam liga Malaysia ini pastinya akan menggamit ribuan penyokong kedua-dua pasukan untuk memenuhi ruang Stadium Darul Aman pada malam esok. Ini merupakan pertemuan kedua di antara pasukan Kelantan dan Kedah pada musim ini. Pada pertembungan pertama dalam aksi liga super menyaksikan pasukan Kedah yang di beri jolokan Sang Kenari telah berjaya menumbangkan skuad Red Warrior di Kota Bharu hasil kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol kelantan iaitu Syed Adney sehingga membolehkan Azlan Ismail mudah menolak bola ke gawang kelantan.

Sudah pasti pertemuan malam esok sangat ditunggu-tunggu oleh pasukan Kelantan bagi menebus kembali maruah yang tercalar akibat kekalahan yang memalukan tempoh hari. Peluang bertemu Kedah di Stadium Darul Aman dilihat satu peluang membalas kembali kekalahan mereka di tempat sendiri dengan harapan dapat mengecewakan ribuan penyokong Kedah pada malam esok. Namun Kedah yang berada diprestasi terbaik pada waktu ini tidak mungkin akan melepaskan peluang beraksi di halaman sendiri untuk mencari bekalan selesa sebelum perlawanan kedua timbal balik sabtu ini di Kota Bharu.

Bagi pasukan Kelantan, perkara yang menjadi tanda tanya penyokong fanatik pasukan itu ialah siapa yang akan digandingkan bersama Norshahrul Idlan Talaha di bahagian serangan. Adakah B.Sathianathan akan terus meletakkan Hairudin Omar yang gagal menjaringkan gol pada tujuh perlawanan..? atau meletakkan penyerang kelahiran Kedah, Akmal Rizal di bahagian serangan. Manakala pasukan Kedah sudah pasti akan menurunkan penyerang berbisa mereka iaitu Azlan Ismail yang juga penjaring terbanyak liga super untuk merobek gawang Kelantan. Apapun kesudahanya, kita menharapkan satu perlawanan yang sengit dan berkualiti akan dipamerkan oleh kedua-dua pasukan pada malam esok>>>

0 comments: