Hasrat untuk kita melihat aksi rakyat Malaysia beraksi di Piala Dunia semakin menjadi kenyataan. Walaupun realitinya kita gagal menghantar pemain-pemain bagi membawa cabaran Negara ke Piala Dunia, sekurang-kurangnya kita ada wakil ke Piala Dunia di Afrika jun nanti sebagai pengadil iaitu saudara Subkhiddin Mohd Salleh.
Di fahamkan, Subkhiddin bersama pembantunya, Yuxin Mu (China) dan Jeffrey Goh Gek Pheng (Singapura) merupakan antara empat pengadil dari Asia yang terpilih ke Afrika Selatan.
Di fahamkan, Subkhiddin bersama pembantunya, Yuxin Mu (China) dan Jeffrey Goh Gek Pheng (Singapura) merupakan antara empat pengadil dari Asia yang terpilih ke Afrika Selatan.
Keputusan samada saudara Subkhidin akan dipilih untuk menjadi pengadil utama atau tidak hanya akan diketahui pada mei ini. Subkhiddin dan lain-lain pengadil yang terpilih, akan mengetahui nasib mereka pada seminar dan penilaian lain yang perlu mereka jalani.
Pemilihan Subhkiddin sebagai salah seorang pengadil Piala Dunia merupakan penghormatan tertinggi kepadanya yang kini berusia 44 tahun. Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa supaya saudara Subkhiddin dipilih sebagai pangadil utama pada kejohanan Piala Dunia di Afrika jun nanti
0 comments:
Post a Comment