CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, 12 February 2010

LIGA PERDANA

FELDA UNITED, PKNS DAN HARIMAU MUDA TERUS KUASAI LIGA PERDANA

Saingan menarik tiga pasukan teratas liga perdana terus berterusan. Kedudukan tiga tempat teratas menyaksikan saingan yang sengit di antara FELDA, PKNS dan Harimau Muda. FELDA bagaimanapun masih menerajui liga berkongsi 16 mata bersama PKNS namun dibezakan julah jaringan gol. Manakala skuad muda Negara hanya dua mata ketinggalan di belakang FELDA dan PKNS.

Pada perlawanan semalam, FELDA telah berjaya menumpaskan PDRM 2-1 di Stadium Bolasepak Cheras untuk terus menguasai liga perdana. Gol FELDA telah di jaringkan oleh Amir Shahreen Mubin pada minit ke 21 dan Abdul Ghani Abdul Rahman pada minit ke 61. Manakala gol saguhati PDRM dijaringkan oleh Mohd. Fauzi Abdul Majid pada minit ke-80.

Harimau Muda mula membuktikan bahawa mereka bukanlah budak hingusan apabila mudah mengetepikan pasukan Melaka di Stadium Hang Tuah dengan jaringan selesa 3-1.
Kemenangan tersebut meletakkan skuad bimbingan Ong Kim Swee itu mengumpul 14 mata.

PKNS pula tidak mempunyai banyak masalah mengenepikan pasukan yang masih mentah Pos Malaysia Fc dengan kemenangan 3-0 sekaligus berkongsi 16 mata bersama FELDA untuk berada di tangga kedua liga perdana.

Lain-lain keputusan menyaksikan ATM melonjak ke tangga keempat liga selepas menang besar 4-0 ke atas pendatang baruUSM Fc di Stadium Majlis Perbandaran Selayang manakala Shahzan Muda tewas kepada Sabah 1-0.

0 comments: