CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, 11 February 2010

DOLLAH BANGGA KOMITMEN PEMAIN

TERBAIK! Itulah komen jurulatih Pahang, Dollah Salleh selepas skuad bimbingannya itu menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Darulmakmur, kelmarin.

Menurut bekas pemain kebangsaan itu, perlawanan ketujuh saingan Liga Super itu adalah yang terbaik dipersembahkan pemainnya yang dilihat semakin menunjukkan kematangan.

"Komitmen semua pemain, terutama gandingan Abd Rahman Abd Kadir dan R Kartigesu di bahagian serangan, menambah lagi kekutan pasukan.

"Begitu juga komitmen pemain tengah, Hasmizan Kamarodin dan penjaga gol, Wan Muhd Azraie Wan Teh serta semua pemain yang tidak kenal erti putus asa

"Semangat seperti ini yang perlu dikekalkan jika mahu meletakkan Pahang pada kedudukan selesa dalam Liga Super musim ini," katanya, semalam.

Selepas tujuh perlawanan, Pahang menduduki tangga kelima dengan memungut 13 mata daripada empat kemenangan dan satu seri.

Mengulas perlawanan itu, Dollah berkata, percaturan bersama penolongnya, Ahmad Shaharuddin Rosdi memberi impak terutama kekuatan di bahagian serangan berikutan kecederaan pemain utamanya.

Menurutnya, prestasi semua pemain juga menunjukkan bahawa mereka mampu melakar kemenangan berkat daripada kesugguhan dan komitmen sepanjang tempoh 90 minit permainan.

"Saya gembira kerana kami berjaya mengutip tiga mata, sekali gus mengekalkan rekod bersih di gelanggang sendiri.

"Pada enam perlawanan Liga Super, saya lebih gemar menggunakan formasi 4-4-2 tetapi disebabkan kecederaan penyerang utama (Azamuddin Akil), saya terpaksa membuat perubahan dan ternyata ia berhasil," katanya.
ditulis oleh harian metro

0 comments: