CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, 9 February 2010

PAHANG KEJUTKAN N.SEMBILAN

KUALA LUMPUR - Johor FC dan Pahang, masing-masing melonjak ke tangga keempat dan kelima Liga Super apabila memenangi perlawanan semalam.

Di Stadium JCorp, Pasir Gudang, skuad Johor FC bimbingan Ramlan Rashid menundukkan KL PLUS 1-0, sementara skuad Tok Gajah mengejutkan juara Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Jaringan Nurul Azwan Roya, yang mengelecek dua pemain lawan, selepas mendapat hantaran Irme Mat pada minit ke-67, membolehkan Johor FC mengatasi KL PLUS.

Kemenangan itu membolehkan Johor FC mengekori rapat Kedah, apabila berkongsi 13 mata, tetapi masih berbeza jaringan.

Johor FC terpaksa bermain dengan 10 pemain mulai minit ke-49, apabila Mohd. Khairul Ismail dilayangkan kad merah.

Dollah Salleh pula tersenyum lebar dengan jaringan Rahman Kadir dan Fazli Baharuddin pada minit ke-37 dan ke-88 untuk Pahang menghampakan Negeri Sembilan.

Sebelum Pahang mengesahkan kemenangan, Negeri Sembilan sempat menyamakan kedudukan menerusi jaringan K. Thanaraj pada minit ke-65.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru pula, Johor terus terperosok di tangga tercorot liga, apabila mencatat kekalahan kelima, 0-3 kepada T-Team.

T-Team menjaringkan gol sulung pada minit ke-29 menerusi sepakan Mohd. Haris Safwan Kamal.

Pelawat terus selesa mendahului menerusi Mohd. Norhisham Hassan pada minit ke-75.

Lima minit sebelum permainan berakhir, T-Team memadamkan sisa harapan anak buah Nasir Yusof dengan jaringan ketiga oleh Abd. Hadi Yahya.

Kemenangan selesa itu membolehkan T-Team mengumpul sembilan mata, dan naik dari tangga ke-10 ke tangga lapan liga, selepas tujuh perlawanan

0 comments: