CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, 5 February 2010

PIALA FA: PERTEMBUNGAN PERAK DAN PERLIS JADI TUMPUAN


Pertembungan kedua di antara pasukan Perak dan Perlis malam esok pastinya akan menyajikan satu perlawanan yang sengit bagi meneruskan aksi di pusingan kedua Piala Fa. Kedua-dua pasukan sudah tentu tidak mahu tersingkir awal dalam kejohanan kali ini. Kelebihan kini lebih memihak kepada pasukan Perak kerana pasukan Seladang akan beraksi di gelanggang sendiri malam esok.
.
.
Pada pertembungan selasa lalu di Kangar, Perlis seharusnya menyalahkan diri sendiri kerana gagal menjaringkan gol walaupun mempunyai beberapa peluang bagi menjaringkan gol. Namun peluang Perlis masih terbuka luas kerana pretasi Perak di laman sendiri tidak begitu meyakinkan termasuk tewas kepada Johor Fc 3-0 baru-baru ini. Yang pasti, pasukan yang berjaya menjaringkan gol awal pada perlawanan malam esok berpeluang cerah mara ke pusingan kedua piala itu pada 16 dan 20 Februari ini.

0 comments: