Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan menepati ramalan apabila masing-masing mencatat kemenangan pada perlawanan pertama pusingan kedua Piala Fa. Manakala finalis musim lalu Kelantan terpaksa berpuas hati apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Kedah.
Pada perlawanan di Stadium Shah Slam, Selangor yang melayan pasukan berstatus kelab PKNS jelas tidak mempunyai masalah membenam cabaran PKNS 2-0 menerusi jaringan Farderin Kadir dan R. Surendran.
Negeri sembilan pula yang beraksi selaku pelawat di Stadium Tunku Abdul Rahman terpaksa berhempas pulas sebelum menang 3-2 keatas PDRM. Zaquan adha menjaringkan dua gol dan satu lagi dihasilkan oleh S.Kunalan. Gol PDRM pula dijaringkan oleh Eddy Gathil dan S.Harivarman.
Terengganu pula membuktikan kejaguhan mereka apabila mudah menundukkan pasukan liga perdana, Sarawak dengan jaringan 2-0 di Stadium Sarawak. Gol-gol Terengganu di jaringkan oleh Joseph Kalang dan Abdul Manaf Mamat.
Pada perlawanan tumpuan Kedah bertemu Kelantan menyaksikan kedua-dua pasukan gagal memecahkan kebuntuan menghasilkan gol. Ini menambahkan lagi badi seri Kelantan di tempat lawan walaupun mempunyai penyerang berpengalaman. Kedah juga gagal memberikan keceriaan kepada penyokong mereka yang hampir dua puluh ribu memenuhi stadium.
T-team pula gagal menggunakan kesempatan bermain di laman sendiri apabila hanya mampu seri 1-1 dengan Perak di Stadium Sultan Ismail. Harris Safuan Kamal menyelamatkan Terengganu daripada tewas apabila berjaya menghasilkan gol pada lewat permainan untuk mengikat Perak.
Lain-lain keputusan, Felda United seri 1-1 dengan Pos Malaysia dan Kl Plus berjaya membenam kuala Lumpur 3-0di Stadium MBPJ. Satu lagi perlawanan ATM mudah menjinakkan UITM 3-0 di Stadium Selayang.
* perlawanan kedua akan diadakan pada 20.2.2010

0 comments:
Post a Comment