Kelibat bekas penjaga gol kebangsaan Syed Adney Syed Hussein sebelum ini telah menjadi sebutan oleh penyokong setia pasukan kelantan kerana aksi cemerlangnya semasa menentang Perlis. namun selepas kejadian yang memalukan pada pertembungan dengan Kedah 19 januari lalu telah mengubah pandangan penyokong Kelantan terhadap penjaga gol tersebut. Apa tidaknya disebalik keghairahan lebih 20 000 penyokong kelantan yang hadir ke stadium sultan muhammad ke-4 untuk memastikan Kelantan mengekalkan rekod kemenangan bersih di kubu mereka, Syed Adney telah melakukan kesilapan yang mungkin akan dingati di sepanjang kariernya sebagai penjaga gol apabila tendangan lemahnya telah terkena penyerang Kedah iaitu Azlan Ismail dan bola terus melantun ke dalam gawang Kelantan.
Penyokong pasukan Kelantan yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang memalukan itu telah berkumpul di luar stadium bagi menyuarakan rasa tidak puas hati dengan persembahan pasukan Kelantan pada malam itu. Terdapat juga laungan yang mahukan jurulatih pasukan Kelantan B.Sathianathan untuk melepaskan jawatan sebagai jurulatih pasukan Kelantan.
Kesilapan Syed Adney itu mungkin menjadi penyebab kekalahan Kelantan pada malam itu, namun dengan pelaburan besar yang dilakukan oleh Kelantan membawa masuk pemain berpengalaman seperti Hairudin Omar dan Akmal Rizal, Kelantan seharusnya bangkit memberi tentangan pada perlawanan tersebut. Bagi penyokong Kelantan kekalahan ini tidak sepatutnya berlaku kerana mereka memiliki ramai bintang dalam pasukan tersebut tambahan lagi beraksi di gelanggang sendiri.
Kesan daripada kesilapan mudah yang dilakukan Syed Adney, kelantan telah mengambil langkah drastik menyenaraikan kembali penjaga gol berpengalaman iaitu Halim Napi bagi menggantikan Syed Adney. Semoga peristiwa itu menjadi pengajaran berguna kepada Syed Adney supaya lebih berhati-hati selepas ini.
0 comments:
Post a Comment